Tempat Menarik


Selain daripada melakukan pelbagai aktiviti di homestay kami, pengunjung boleh pergi melawat ke pusat-pusat rekreasi yang terdapat di Melaka. Antaranya ialah:-


  • Air Panas Gadek yang terletak berhampiran dengan homestay kami. Bayaran tiket masuk yang dikenakan ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Terdapat banyak kolam di sini yang berlainan suhu daripada yang suam-suam hingga ke yang paling panas. Mereka yang mempunyai masalah kulit digalakkan 'berendam' di sini kerana ianya dapat menyembuhkan penyakit kulit.



Pintu Masuk Air Panas Gadek
Sebahagian dari kolam air panas










  • A'Famosa Resort
    Ianya terletak lebih kurang 10 minit dari Homestay Impian Kasih. Ianya merupakan sebuah taman tema yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk pengunjungnya. Antaranya seperti 'Water Theme Park', 'Safari Wonderland', 'Cowboys Town' dan juga aktiviti sukan dan rekreasi yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai A'Famosa Resort ini, sila klik www.afamosa.com













Melaka memang terkenal sebagai pusat pelancongan di Malaysia ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pusat-pusat rekreasi dan tempat pelancongan di Melaka ini sila ke laman web Melaka Tourism

0 ulasan:

Catat Ulasan