Kemudahan


Bagi memastikan kepuasan pengunjung ke Homestay Impian Kasih, kami menyediakan berbagai kemudahan  untuk kegunaan para pengunjung kami. Antaranya kami menyediakan 3 bilik dilengkapi dengan katil bersaiz 'Queen' dan kipas siling. Bilik air/tandas terdapat pada bilik utama.

Bagi bilik yg kedua dan ketiga pula, katil 'Queen' saiz juga disediakan. Bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan kipas siling.

 



Bagi memastikan agar homestay kami dapat menampung bilangan pengujung yang ramai, tilam 'toto', selimut dan bantal tambahan disediakan. Sejadah dan arah kiblat juga disediakan agar pengunjung dapat menunaikan kewajiban mereka.


                                      
                                      Almari dan bantal tambahan



Homestay Impian Kasih menyediakan dua meja makan di mana satu terletak di bahagian dapur dan satu lagi terletak antara ruangan dapur dan ruang tamu. Bagi bahagian dapur pula, telah tersedia segala kemudahan dan peralatan memasak seperti dapur gas, periuk nasi, cerek elektrik, peti ais, 'blender', pembakar roti, pinggan mangkuk, cawan, sudu/garfu dan sebagainya. 




Homestay Impian Kasih juga mempunyai kawasan ruang tamu yang luas dan selesa. Terdapat juga dua kawasan beranda; satu di bahagian depan rumah dan satu di bahagian dapur. Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada ini memang sesuai untuk para pengunjung untuk bersantai, menikmati hidangan makanan dan minuman sambil bergurau senda bersama ahli keluarga. 












Di bahagian laman homestay yang luas ini juga disediakan tempat dan peralatan 'barbeque' untuk kegunaan pengunjung. 





Terdapat juga kolam kecil untuk anak-anak anda yang masih kecil untuk bermain air.




Kami mengharapkan agar pengunjung homestay kami berpuas hati atas segala kemudahan yang disediakan. Segala komen cadangan atau aduan amatlah dialu-alukan oleh kami agar dapat kami memastikan pengunjung Homestay Impian Kasih mendapat kepuasan yang terbaik dan meninggalkan kenangan yang bermakna semasa menginap di Homestay Impian Kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan